Sunday, February 28, 2010

~photoshoot edit~

takde keje malam tadi, so sha edit pic2 ni gune smilebox.. letak kan pic comey2 dorg dlm frame, baru la nmpk lagi comey..hehe..comel kan?hihi:P (perasan plak)

Saturday, February 27, 2010

~photoshoot cingee~


Date : 26 February 2010
Venue : Dataran Ayer Keroh, Melaka
Photographer : Alan Mocot
Assistant : Sha, Eena n Man

ini antara gambar2 fav kitorg, gmbar len2 korang leh tgk kat 
http://www.flickr.com/photos/cutekitty85

<<klik gambar untuk tumbesaran>>

~photoshoot bella~

Date : 26 February 2010
Venue : Dataran Ayer Keroh, Melaka
Photographer : Alan Mocot
Assistant : Sha, Eena n Man

ini antara gambar2 fav kitorg, gmbar len2 korang leh tgk kat 
http://www.flickr.com/photos/cutekitty85 





<<klik gambar untuk tumbesaran>>

~photoshoot caspian~

Date : 26 February 2010
Venue : Dataran Ayer Keroh, Melaka
Photographer : Alan Mocot
Assistant : Sha, Eena n Man

ini antara gambar2 fav kitorg, gmbar len2 korang leh tgk kat 
http://www.flickr.com/photos/cutekitty85 

Friday, February 26, 2010

~keistimewaan kucing~

Dapat email lagi lagi kucingcomel.com.. kali ni die bg info pasal keistimewaan kucing plak.. so slg boleh share, kitorg akan share disini.. selamat membaca kawan2..:)

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan selalunya boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan peliharaan kesayangan boleh membawa aura yang berbeza di dalam kehidupan manusia. Setiap haiwan peliharaan mungkin mempunyai rahsianya yang tersendiri, bukan sahaja ia boleh menjadi penghibur di dalam rumah, malah seperti ada satu aura yang membuatkan si pemilik haiwan peliharaan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. Perkara seperti itu, seringkali berlaku jika anda memilih kucing sebagai haiwan kesayangan anda.


Apa yang ada dengan kucing? Apa yang membuat kucing begitu istimewa?

Kucing akan menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan, boleh meringankan diri seseorang yang sedang menghadapi masalah fisiologi dan emosional(sakit jiwa). Ini adalah benar. Dengan kajian yang terbukti ini, ia akan benar-benar menyembuhkan "hati yang luka", terutama bagi orang yang sudah lanjut usia dan sentiasa berada dalam tekanan dan kesedihan. Selain itu, kucing juga mampu memberi kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan. Kos memelihara kucing juga rendah dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup moden.

Kucing mempunyai sifat keyakinan yang sangat tinggi
Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.

Kucing boleh membebaskan anda daripada stress atau tekanan
Menurut kajian perubatan, duduk di kerusi, meletakkan kucing di pangkuan anda dan membelai rambutnya akan menjadikan anda merasa nyaman dan damai. Hal ini akan membuat anda merasa santai dan akan menjadikan anda merasa lega daripada stress yang disebabkan oleh apa-apa pun masalah.

Kucing sebagai penawar kesihatan
Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.

Kucing sebagai pemangkin social
Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.

~salam maulidur rasul~

Bersempena dengan sambutan hari keputeraan Nabi Muhamad SAW, kami ingin menyampaikan ucapan salam Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan juga kepada semua sahabat-sahabat blogger. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan ibadah kita dan berselawatlah sebanyak mungkin..=)

Thursday, February 25, 2010

~pheea wat mama mummy risau lagi~

pagi tadi waktu nak bg anak2 bulus makan, bukak je pintu sume berlari kuar, tak pasan lagi yg pheea takde, so sha pnuhkan bowl ngan makanan, sapu2 bilik dorg, cuci litter box, then baru perasan yg pheea takde, besenye die antara yg depan skali time makan.. tp die takde..:( sha da kalut da, sha suh eena cari kat ruang tamu, eena ckp takde.. adeh, sha check tgkap, ade jaring kene cungkil.. sah pheea da keluar lagi dari bilik..dulu pheea da pnah wat 2 kali, sha da ikat balik jaring tu, tp die g tebuk balik..pheea,pheea.. sha cmpak penyapu, tros sha kuar g belakang umah.. sha pggil2 name pheea..takde respon.. pastu sha g kat longkang yg ade penutup tempat die pnah mnyorok dulu, sha pggil lagi name sopheea, then sha dgr pheea mngiow2 tak benti kuar dr bawah longkang.. alhamdulillah, pheea ade kat ctu, sha amek die, sha dukong die, sha pelok die, sha cium2 die.. die msih mngiow lagi, maybe takot kot.. ksian die.. bulu die pnuh ngan debu n habuk.. kasar2 bulu die..sha usap2 bdan die, buang habuk2 pada misai n muka die, die pgg kemas je baju sha.. sha bawak die msuk bilik, tros hantar kat makanan, die makan dengan lahapnye, then die g kat teddy bear die hisap susu, pastu die smbung balik makan n minum.. ksian die, bape jam la die kat luar tu blapar.. pastu eena amek cable tight then ikat balik jaring tu.. pasni kitorg kene tukar jaring tu jaring besi, skrg ni pkai jaring kain je, tu senang die nak korek..
 
balik2 trus cari teddy bear die, n makan dgn lahapnye..:(
  
todd risau sgt pheea hilang, smpai je tros jilat2 muke pheea.. sedey lak tgk:(
dear pheea, jgn wat mama n mummy camni lagi k, mummy leh jatuh sakit klau pheea takde, mummy syg pheea mcm mummy syg nyawa mummy.. pheea jgn la nakal2 k, jadila anak bulus mama n mummy yang baek.. kalau la pheea takde tadi kat belakang umah, ape la jadi kat mummy skrg..:( 

Wednesday, February 24, 2010

~6 Anggapan Salah Terhadap Kucing~

Hari tu tgh blogwalking, jmp iklan ebook “KucingComel”.. trus bminat nak beli, then die bg free info ni.. so saje je paste kat sini untuk share ngan kawan2 len.. maybe ade yg da bace, tp takpela sape yg lom tbace pasal info ni, slmat membaca..:)

Antara anggapan salah terhadap kucing ialah :-

♥ Jika kucing membuang najis selain dari tempatnya, sapukan hidungnya pada najis itu 
Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang kejam, malah ia tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kucing itu selain daripada memberi stress kepadanya. Kucing yang ketakutan dan mengalami stress akan mengubah perilakunya lebih buruk daripada sedia ada. Memberi hukuman sebegini kepada kucing akan menyebabkan kucing mengaitkan hukuman dengan litter box itu dan akan terus menjauhinya

 
♥ Kucing boleh minum susu lembu 
Walaupun banyak kucing yang sukakannya, ia amat tidak digalakkan terutamanya kepada anak kucing dan kucing yang tua. Kucing tidak dapat menghadam laktosa (gula) yang terkandung dalam susu lembu dan ini akan menyebabkan perutnya meragam dan cirit-birit. Keadaan ini amat merbahaya kepada anak kucing kerana ia boleh menyebabkan risiko dehidrasi (kekeringan air) yang cepat. Kucing dewasa tidak memerlukan susu walaupun setitik. Jika kita masih mahu memberinya, kita perlu memberikan susu istimewa yang telah dirumus khas untuk kucing meminumnya.
♥ Kucing boleh makan ikan 
Tidak mengapa jika ianya adalah sekali-sekala tetapi tidak wajar dijadikan diet harian. Memberinya terlalu banyak ikan boleh membawa kepada penyakit Steatis yang berpunca daripada kekurangan Vitamin E. Kucing memerlukan taurine dalam dietnya dan ikan tidak ada sumber taurine yang mencukupi. Ikan yang terutamanya dari laut tercemar juga menyebabkan kucing berhadapan dengan risiko keracunan magnesium (begitu juga manusia).
♥ Kucing akan jadi malas jika dineuter atau spay 
Neuter akan mengelakkan populasi kucing menjadi tidak terkawal. Jika kita pergi ke pusat perlindungan, kita akan dapat melihat apa nasib yang berlaku ke atas kucing-kucing yang ketiadaan adopter. Kaedah ini juga sebenarnya memberi kesan yang baik kepada kesihatan kucing itu sendiri. Jika kucing kita mengalami berat badan badan berlebihan, kita perlu berjumpa dengan veterinari dan berbincang dengannya satu plan diet. Jangan sekali-kali meletakkan kucing kita dalam program diet tanpa kawal selia dari veterinari kerana ini boleh membawa kepada situasi yang mengancam nyawa yang dipanggil Hepatic Lipidosis.
♥ Kucing betina saya seharusnya mempunyai seekor anak sebelum dilakukan spay 
Tidak, adalah lebih baik melakukan spay sebelum umur 6 bulan untuk mengelakkannya mengandung. Risiko mendapat kanser payudara juga meningkat jika kucing tersebut telah pun mengandung pertama kalinya.
♥ Kucing berdengkur (purr) kerana dia gembira 
Memang benar kucing berdengkur kerana mereka gembira tetapi mereka juga melakukannya ketika dalam kesakitan. Kucing juga berdengkur ketika sedang melahirkan anak dan kadangkala ketika menghadapi saat kematian. Purring lebih merupakan sebagai menyatakan emosi berbanding mengucap kegembiraan.

cat info from www.kucingcomel.com

~bile mummy sibuk,dorg pun sibuk~

bile mama n mummy sibuk, dorg mst nak menyibukkan diri jugak.. bese la, rajin katekan.. da masak da dgn perngai dorg ni.. smlm waktu sha kemaskini borang master, pastu ade la beberapa ekor nak smbung master jugak.. hello, korg tadika pon blom lagi k..blaja kenal ABC dulu k, baru same2 isi borang ni k..hehe.. bile sha susun borang, dorg pun sibuk myusun jugak..susun baek2 takpe, ni ckar2 kertas tu..seb bek tak blubang, tak psal2 kene print balik.. waktu tu la, ade yg nak baring la, meniarap la,tkangkang la,jadi penyu pun ade jugak.. haish,bdk2 ni mmg nak kene kurung balik.. last2, sha amek recycle paper, kerat 4 n buatkan bola kertas utk dorg..baru la sume tak kaco da, men bola same2..hehe.. igtkan ok la bile da bagi bola tu, tibe2 dorg wat borang2 yg sha da atur padang bola plak.. adeh, takleh jadi ni.. sume da btarabur balik then jalan penyelesaian yg baek, simpan sume dalam bilik..haha..baru la tenang..
 
yang pertama dtg mngaco tak lain tak bukan caspi la, then chebee da curious cat..hihi:P
 
amboi cheezy, cantik tempat tido cheezy eh..
  
 bella n cingee plak dtg nak tlg isi borang..
  
dapat bola,trus men jauh2..tp sekejap je, pastu dorg dtg balik..adehh!:P