Tuesday, March 9, 2010

~Penyakit Kucing~

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com
Kucing juga tidak kebal dan juga mudah dihinggapi daripada penyakit-penyakit umum. Sebagai pemilik kucing, anda perlu memerhatikan kesihatan kucing kesayangan anda, dari semasa ke semasa. Ianya bukanlah satu masalah yang besar. Sama juga seperti manusia, kucing pasti akan melalui fasa-fasa kehidupannya, terutama ketika kucing anda mendapat sakit atau menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Sekiranya, ianya terjadi pada kucing kesayangan anda, anda harus bersiap sedia dan  melakukan perkara yang  benar-benar membantu kucing kesayangan anda.

Ada beberapa
masalah kesihatan umum tentang kucing dan di antaranya seperti berikut:


 Cirit-birit 
Apabila kucing mengalami cirit-birit yang konsisten untuk beberapa kali, jangan bimbang. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengubah dietnya.  Jika, cirit-birit kucing anda masih juga berterusan, maka lebih baik bawa kucing kesayangan berjumpa doktor haiwan.

 Diabetes atau kencing manis 
Penyakit ini bukan sahaja terjadi kepada manusia, bahkan kucing juga ada yang menghidapinya. Hal ini sering berlaku kepada kucing yang telah berusia(menjadi tua). Semakin kucing itu berusia, sebaiknya, lebih keraplah ia tinggal di dalam rumah. Untuk mencari penyebab utama yang menyebabkan kucing anda mengalami diabetes, anda perlu menyiasat diet pemakanannya. Anda juga boleh mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala diabetes ini dari air kencing kucing tersebut. Anda juga boleh melihat dengan jelas sekiranya kucing anda kerapkali mengalami kehausan yang begitu cepat.

 Muntah-muntah 
Ini adalah suatu fenomena kesihatan yang lazim berlaku terhadap seseekor kucing. Sekiranya, ini terjadi pada kucing kesayangan anda, apa yang perlu dilakukan adalah, anda  menyemak semula makanan yang telah anda berikan dan apa yang telah kucing anda makan. Setelah itu, adalah lebih baik jika anda cuba menukar menu pemakanannya. Sebaiknya, cuba bagi makanan yang jauh berbeza daripada makanan yang  biasa dimakan ataupun yang menyebabkan kucing tersebut menjadi muntah-muntah. Jika anda mendapati terdapatnya hairballs pada kucing anda, sebaik-baiknya berus dan sikat rambut atau bulu  kucing kesayangan anda. Kadang-kala, kucing anda mungkin mengalami alergi terhadap makanan. Jika perlu, jumpalah doktor haiwan anda dan ini adalah langkah yang terbaik sebelum membuat apa-apa keputusan. Pastikan bahawa kucing anda diberikan cairan yang cukup supaya kucing yang muntah-muntah itu boleh diyahhidratkan.

 FIV 
Penyakit kucing jenis ini ada hubungan kaitnya dengan HIV. Jadi, langkah yang terbaik untuk anda lakukan adalah mengasingkan kucing kesayangan anda daripada kucing asing yang lain. Pendek kata, lebih baik sekiranya anda mengurungkannya di rumah sahaja. Yang penting, anda mestilah melindungi kucing kesayangan anda dengan seberapa baik yang mungkin.

Anda harus berhati-hati mengenai pelbagai penyakit yang mungkin kucing kesayangan anda boleh hadapi, ini kerana, ia boleh menjadi ancaman bagi kehidupan kucing kesayangan anda. Oleh sebab itu, apabila kucing kesayangan anda menghadapi masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan bantuan daripada mereka yang mahir dan faham mengenai penyakit kucing seperti berjumpa doktor haiwan dan sebagainya. 

4 comments:

cat said...

Good info..

Ms Lava said...

meow saya nama acik. dia 3 beradik. along, angah , achik.. achik paling syg..sbb salu teman saye tido n kejut subuh..tp dh takde..sakit paru2 berair.. huhuhuhu....even 10 tahun berlalu.. i still sayang dia..pic dia klu tgok takde ganti...waaaaaaa

Surau Al-Ghafur said...

salam..wow..menarik tul info mcm ni..xprnh terpikir pulak cik kucing ade mslh2 mcm ni..

syue m said...

kucing saya mcm batuk batuk. mcm ada bnda tersekat kt tekak. kena urut2 leher dia baru ok. sedih tngok Y.Y