haha, baru tgk gambar 1st kat entry Dear Cats ni terus tersenyum sorg2 kat ofis..comey betul tgk kucing tu stretching kan tangan die..hihi..kalau la kucing2 kita boleh buat mcm tu, kan bagus..ni asyik tido je bdk2 kat rumah tu..hehe.. so kittyworld pun minta permission kat owner blog dear cats ni http://dearcats.blogspot.com untuk sharekan entry tu disini..so kawan2 lain pun boleh mpraktiskan kat kucing2 korang..hehe..selamat mencuba!
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
Sering kita berasa puas bila melihat kucing kita gemuk dan manja. Tetapi tahukah kita keadaan itu boleh memendekkan hayatnya? Gemuk mengundang obesiti, iaitu pengumpulan lemak berlebihan dalam badan yang boleh membawa masalah kesihatan. Cara terbaik mengatasinya? Tentulah dengan bersenam :)
Boleh ke kita melatih kucing membuat senaman seperti ini?
Atau begini?
Bagaimana kucing menjadi gemuk?
Melalui pengalaman DC, kucing menjadi gemuk kerana :
melalui pemakanan yang tidak seimbang - Sesetengah dari pemilik kucing, bila melihat mangkuk makanan haiwan kesayangan kita itu kosong, kita segera memenuhkannya dengan makanan kesukaannya. Atau, setiap kali kucing kita datang dan bersikap manja dengan kita, kita beranggapan dia lapar. Keadaan yang berterusan akan menjadikan kucing kita gemuk sedangkan diet makanan kucing yang seimbang ialah mengikut waktu dan kadar yang diperlukan sahaja. Dikurung dalam jangka masa yang lama - Tidak dinafikan sesetengah pemilik kucing mengurung kucing kerana sebab2 seperti ruang rumah yang sempit, keadaan di luar rumah tidak selamat, mengganggu jiran, bulu yang sering gugur dan menyukar kita membersihkan seluruh rumah. Kucing yang dikurung, jika tidak dilepaskan pada waktu-waktu yang seharusnya, akan mudah menjadi gemuk kerana kurang senaman. Apatah lagi jika sangkar tersebut terlalu sempit untuk kucing bergerak atau meluruskan badan (stretching). Sebab-sebab umum - (Sebab ke-3 ini bukanlah dari pengalaman DC, tetapi hasil dari pencarian internet) Terdapat peningkatan bukti seperti stres, genetik, virus yang menyerang dan faktor2 persekitaran juga memainkan peranan mengapa kucing boleh menjadi gemuk. Para saintis, umpamanya mencadangkan jika kita membiarkan lampu di pasang pada malam hari juga boleh membuat bukan sahaja haiwan seperti kucing dan tikus, malah manusia juga menjadi gemuk!
Tips melatih kucing bersenam!
Perlu diingatkan, senaman mereka bukan sahaja apabila mereka telah dijangkiti obesiti, tetapi perlu di amalkan selalu sebagai langkah pencegahan. Berikut ialah beberapa tips dan cara kita boleh mengajak kucing2 bersenam.
Berpasangan
Sesetengah kucing tidak akan bersenam sendirian. Oleh itu mulakan dengan 2 ekor kucing. Mereka akan bersenam secara tidak langsung dengan cara mengejar antara satu sama lain dan juga bergusti (wrestling) setiap hari.
Cat Tree/Cat Tower
Ruang yang bertingkat, keluasan kawasan sembunyi dan warna pada Cat Tree/Cat Tower menjadikan permainan kucing lebih menarik. Mainan kucing (toys) dan treats jika diletak di beberapa sudut Cat Tree/Cat Tower dapat memberi galakan untuk kucing memanjat dan seterusnya bermain.
Mainan kucing (toys)
Antara strategi melatih mereka bersenam ialah menempatkan lebih banyak mainan kucing. Kita tak perlu membeli toys yang mahal, Hanya barangan biasa di rumah seperti benang kait, bola ping pong, spool benang yang kosong, dan tali sudah memadai :)
Kepungan gelanggang
Sediakan kepungan besar untuk membuat gelanggang kucing bermain (bergantung pada saiz kucing). Sama ada kepungan tersebut diperbuat dari kadbod atau kita boleh juga gunakan bath tub di bilik air. Letak bola yang boleh memantul seperti bola pingpong atau bola hoki. Kucing akan bersenam dengan cara mengejar bola tersebut dan ketika ini kita boleh lihat pelbagai aksi menarik mereka.
Laser
Antara cara yang paling mudah dan enjoy ialah bermain dengan laser. Pastikan tiada benda tajam atau mudah pecah sebelum kita mulakan permainan laser ini dengan kucing. Halakan laser ke dinding dan kita boleh lihat kucing akan mengikuti pergerakan laser dan bergerak lebih pantas dari biasa. Lebih menarik letak toys dan halakan laser tersebut ke arah toys.
Wand Teaser (toys)
DC pasti semua kucing suka dengan permainan teaser ni. Boleh didapati di semua pet shop dan kita juga boleh membuatnya sendiri menggunakan kayu atau buluh yang panjang dan diikat di hujungnya dengan tali. Di hujung tali kita letak sesuatu seperti bulu ayam berwarna warni atau riben untuk menarik perhatian mereka. Lakukan aktiviti ini di tangga atau turun naik kerusi untuk kucing bersenam.
Catnip
Terdapat dalam bentuk serbuk atau semburan (spray) yang boleh dibeli di kedai dan kita juga boleh gunakan tumbuhan segar pokok kucing galak yang diambil dari tanah. Letak serbuk catnip atau spray di mainannya dan biarkan. Atau berikan saja pokok galak kucing untuk mereka bersenam sendirian. Namun cara ini tidak dapat kita lakukan sepenuhnya kerana tidak semua kucing suka atau memberi respon dengan catnip.
Menggunakan treats
Sembunyikan treats di tempat yang sukar kucing kita temui tetapi dapat dihidu dengan jelas. Kucing akan berusaha mendapatkannya. Sebagai contoh, masukkan treats ke dalam kotak besar yang diikat atau ditutup kemas, dan buatkan satu lubang kecil bagi membolehkan kucing menghidu. Kita boleh lihat si Comel akan memanjat, menendang, melompat untuk cuba mendapatkan treats dalam kotak tersebut. Kita boleh juga masukkan ke dalam bola mainan yang mempunyai lubang halus. Tentu si Comel akan mengejar dan menggigit bola tersebutkan?
Treadmill
Bagi mereka yang berkemampuan, cuba la menempah atau beli treadmill khas untuk si Comel. Perlu diingat latihan menggunakan treadmill ini harus dimulakan sejak si Comel dari kecil. Penerimaan kucing dewasa terhadap treadmill agak kurang. Latihan di treadmill memerlukan pengawasan (supervision) dari kita.
Outdoor
Cara yang paling mudah ialah melepaskan kucing kita berjalan di luar rumah atau di taman. Gunakan leash dan harness bagi mengurangkan risiko ketakutan si Comel. Pada awalnya, mungkin si Comel akan bersikap menentang tetapi jika kita praktikkan setiap hari, si Comel pula yang mengajak dan menarik anda untuk keluar rumah! DC punya sahabat yang mengalami keadaan ini. Jika dia tidak keluar rumah pada waktu petang, kucingnya akan gelisah dan asyik mundar mandir, membuat bising sambil merenung tingkap!
info dari : dearcats.blogspot.com
5 comments:
nak harness tu..
si kenny ngn sakti kt umah tu.. bdn debab.. tp kalau lari.. kite yg semput... :P
comelnyeeeee
Anak bulus kat rumah, memang xpyh diajak bersenam, kejenya memang bermain, bergurau, berlari je 24 jam. Sampaikan mummynya skali turut bersenam. hehe
anak2 buluz cL pon dah gimuk lar... pasni kne bwk jln2 lar pak nye...
Post a Comment