Showing posts with label RIP. Show all posts
Showing posts with label RIP. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

~RIP Hachiko Jr :'(~

Lepas seminggu hachi pergi (RIP), n lepas beberapa hari mochi beranak, 2 ekor baby mati..sekor mati pada malam hari n sekor lagi mati esok paginya.. :( tak sure la sebab apa, maybe mochi kekurangan susu sbb badannye yg kecik or maybe sbb lain.. Allah je yg tahu.. Mungkin Allah nak hachiko ada teman kat sana, jadi Dia hantarkan 2 ekor anak hachi teman hachi..:') xpela, mungkin  sume ada hikmahny nanti..sekarang ade lagi 3 ekor, insyaAllah kitorg akan jaga dorg betul2 smpai besar..  at least, ade gak waris hachi yang tinggal.. :) 
rip hachiko junior.. sebiji mcm papa hachi bulu dorg..gemok plak tu..teman papa hachi kat sana ya baby.. :'(

 
kubur hachiko junior n hachiko.. kubur hachi da kering dah tanah tu..bunga pun da hilang.. mummy rindu hachiko sgt2.. :'(

 
syafiq tanam hachiko jr sebelah kubur hachi.. biar mereka bersama didunia n disana.. semoga mereka tenang di sana.. :')

Friday, June 10, 2011

~RIP Hachiko :'(~

Hachi anak kesayangan mummy,

6 Jun 2011, hachi pergi tinggalkan mummy, mama, papa, tokma, tokabah, makcik2 n pakcik dan  adik beradik hachi yang lain2..:( waktu tu mummy baru sampai dari cameron, sampai umah mummy n mama bersihkan cage, bersihkan litter box sementara hachi dan yg lain2 kurung kat balkoni sekejap.. hachi nampak pelik malam tu, beria sgt nak keluar.. tunggu masa je pintu balkoni tbuka, mst terus berlari turun ke tingkat bawah. pastu mummy ambil hachi letak dalam bilik, hachi beria jugak nak keluar.. 2,3 kali jugak bkejar dengan hachi. Sampaila mummy da give up,mummy biar je hachi nak main kat hall.. dalam setengah jam, mummy turun nak amik hachi, nak ajak tido sama tp sampai bawah mummy tgk hachi takde.. cari kat dapur, kat bilik bwh, kat meja makan kat sume tempat takde.. Sah hachi keluar rumah, tgk ade 1 tnigkap tbuka.. mummy da tak sedap hati..

Mummy berlari keluar, panggil2 nama hachi tp hachi x dtg pun, mummy pegi umah jiran2 sebelah usha2 xde jugak.. masuk umah amik torchlight, mummy suluh bawah kereta, suluh umah2 jiran,tp still xnmpk byg hachi.. mummy pelik, hachi tak pernah pergi jauh2..bese kalau terlepas keluar hachi akan main dekat2 je.. mummy suluh longkang depan umah takde jugak, n last mummy suluh buaian yang hachi slalu makan rumput tu tempat fav hachi, berderau darah mummy.. hachi tbaring kaku atas rumput.. yaAllah, kenapa dengan hachi? mummy rasa nak pengsan waktu tu, mummy jerit2 nama mama.. mummy da tak hirau rumah jiran2, walaupun waktu tu pukul 1 pagi. syafiq n papa keluar angkat hachi bwk masuk dalam rumah.. mummy kejutkan tokabah n tokma(panggilan bdk2 bulus utk abah n mak sha).. mummy rasa nak pengsan, nak putus nyawa pun ada.. tak dapat nk gambarkan perasaan waktu tu..:( betul ke hachi da takde? betul ke hachi yg tbaring kaku tadi? mummy xleh terima yang hachi da takde.. :( :( 

Mummy meluru ke hachi, mummy angkat n dukung hachi mcm baby, mummy meratap2 supaya nyawa hachi dikembalikan..mummy harap sgt waktu tu hachi bangun dalam keadaan sihat. YaAllah, waktu tu hanya tuhan yang tahu perasaan mummy..:'( rasa sakit sgt, rasa mcm dada disiat2, rasa mcm ada batu besar hempap ke dada.. 
Mummy cium2 muka hachi, mummy pegang setiap inci tubuh hachi dari telinga hingga ekor.. rasa mcm tak percaya sgt, baru tadi hachi main hanger atas katil ngn mummy.. hachi suke kalau mummy goyangkan hanger kekiri kekanan.. nti die sedaya upaya tangkap hanger tu..:'( hachi siap jilat2 muka mochi, muka mama yaya (mak hachi) sebelum hachi keluar rumah td.. 


Papa nak amik hachi dari pelukan mummy,mummy taknak kasi. papa ckp tak baik buat mcm tu, kesian kat hachi..pastu mummy bru lepaskan.. tokma paksa mummy mandi,mummy taknak.. kalau ikutkan mummy nak pelok hachi smpai pagi sebelum tanam tp tokma n tokabah tak kasi..:'( mummy mandi smbil menangis tak henti fikirkan yg hachi da takde dlm hidup mummy.. lepas mandi, tokma tidokan mummy dalam pelukan dia.. air mata tak bhenti lagi mngalir, mummy buka surah yassin, sambil menangis mummy tak sedar bila mummy terlelap.. 6.30 pagi mummy bangun, mummy terus igt hachi, mummy menangis lagi.. mummy turun ke blkg rumah, mummy tgk hachi da keras dalam kotak yang papa sediakan sebelum tanam hachi. Mummy menangis dan menangis lagi.. betul ke apa yg mummy tgk ni? betul ke hachi yg kaku ni? :'( mummy kejutkan mama, papa ajak tanam hachi.. Mummy n papa gali kubur hachi dengan airmata tak bhenti dan tanamkan hachi dan itula kali terakhir mummy dapat tgk hachi..:'( 

Mummy sakit hachi, mummy demam panas sbb tak bhenti menangis. Sampai putrajaya, mummy menangis lagi.. Bilik kita, katil kita, bantal kita, sume kita kongsi sama2 selama 3 minggu hachi teman mummy kat putrajaya.. setiap sudut di bilik tu ada kenangan bsama hachi.. :'( mummy tak kuat hachi, mummy taknak kehilangan hachi. mummy nak hachi duk mummy btahun2 lama, tp mummy sempat jaga hachi setahun sebulan je.. Hachi, mummy minta maaf sbb smpai ke saat ini mummy masih menangisi permergian hachi.. gambar hachi, video hachi mummy tgk hari2 smbil tersenyum bila terigt kenangan lama tu, last air mata juga peneman mummy..Hachiko anak mummy, tenang kat sana ya. Mummy takkan lupakan hachi sampai bila2.. Mummy syg hachi sgt2 n mummy rindu sgt nak peluk hachi sekarang..:'(

seminggu selepas hachi di lahirkan..hachi comey sgt..:')

seminggu sebelum hachi tinggalkan mummy.. :'(

hachi suka sgt mkn rumput, sume rumput die nak mkn..tiap2 minggu kene bawak die mkn rumput.. balik kampung kat phg, ni la tempat fav hachi..bgun pagi je melayan hachi n mochi mkn rumput.. tp...kat sini jugak la tempat hachi pergi..:"( kat sini jugakla tgk hachi da kaku.. dalam mulut msih penuh dengan rumput yang tak sempat hachi telan. :'(

dan skrg, hachi bersemadi selamanya disini. RIP hachi, mummy rindu nak pelok hachi, nak main perut hachi yg byk lemak tu, nak golek2 ngan hachi, rindu hachi urut mummy, rindu hachi jilat2 muka mummy nak kejut mummy bangun pagi.. Mummy rindu semuanya tentang hachi.. :'(

p/s : utk abah, ma, k.long, abg long, ngah, irman, abg, kakak, adik, ella, nisah, dan kawan2 yang lain.. terima kasih byk2 sbb ada bila k.de sedey..terima kasih sbb tak henti2 bagi kekuatan, ketenangan. terima kasih sbb jaga k.de bila k.de sakit.. terima kasih utk semuanya..

Thursday, April 29, 2010

~kucing dibelit ular sawa~

speechless, terkedu, tak terkata, sebak, sedey n mcm2 lagi perasaan bile baca entry di blog tedi tadi.. seekor kucing mati dibelit ular sawa sebesar peha manusia.. yaAllah, kesiannye makhluk kecik itu btarung dengan seekor ular sawa yang besar.. :( syahdu nye melihat tuan kucing itu memeluk kucing yang sudah tidak bnyawa dan dipenuhi darah itu.. si kuning, smg kamu tenang disana.. si tuan kurus, smg kamu tenang juga menerima takdir ini..

 

citer selanjutnya boleh baca kat blog papa meow ni..:(

Monday, March 8, 2010

~RIP Maxy~

pic diambil dari blog mummy maxy

baru je smlm sha wat entry pasal dak utih yang telah tenang disana, ari ni plak bile sha scroll blog ni ke bloglist, 1 lagi entry menyedihkan bile maxy plak telah meninggalkan alam ini..:( Rest in peace maxy, smg tenang dan aman di sane bersama dak utih, itni, flex, cepu dan kecik.. buat mummy n daddy maxy, smg tabah mhadapi dugaan ini.. Allah lebih sygkan maxy.. 

Sunday, March 7, 2010

~RIP dak utih~

tedi, maaf terlmbat mhulurkan kata takziah.. sha baru smpai dr kl, 3 hari kat sana.. smpai je umah td, eena suh bukak blog tedi n bgtau dak utih da tiada.. sedeynye..:( tedi,sorry 4 ur lost.. harap tedi tenang n sabar dengan sgala dugaan.. smg dak utih tenang di sane..

Thursday, February 18, 2010

~RIP Itni~

ketika saya menulis entry ini, masih bgenang2 lagi air mate sy tigtkan cerita kematian itni, kucing kesayangan kak e..:( luluhnye hati melihat gambar2 yang di postkan di blog kak e ni.. tak dpt sy bygkan bile pkara ni blakau kpd saya.. lately terlalu byk sy menerima berita kematian anak bulus membe2..tak dpt bygkan jika sy berada ditempat mereka.. Buat kak e, bykkan bersabar ye kak.. Allah lebih menyayangi itni, redhakan pmergian die.. smg die tenang dan aman di sana.. rest in peace Itni.. 
-gambar diambil dari blog kak e-

yaAllah yaTuhanku, Kau panjangkan umur anak2 bulu ku,  smg mereka sentiasa sihat dan membesar didepan mataku..yaAllah yaTuhanku, Kau pnjangkan umur anak2 bulu kawan2 ku, smg mereka sentiasa bahgia di samping kwn2ku.. yaAllah yaTuhanku, Kau pnjangkan umur semua anak2 bulu di dunia ini..Kau jauhkan mereka dari semua penyeksaan dunia..Amin..:(

~RIP kecik~



gambar di amek dr blog akmar
Pg td bace comment2 kat blog, pastu bace komen dr akmar..terkejut sgt bile die ckp "sebenarnye kucing akmar baru mati beberape hari lepas.. rase sedih lagi ni... rase mcm die idup lg je :(" hm,dlm fikiran kitorg,kecik ke? ish, takkan la kecik.. slalu je akmar ckp pasal kecik.. tp akmar kate die ade sekor je anak bulus.. so sha pun reply kat akmar "akmar,kucing akmar bru mati?kecik ke?sory 4 ur lost..RIP kecik..".. then die reply "semoga arwah Kecik happy2 kat 'sane'..hehe ".. oh,btol la kecik..tibe2 jadi sedey.. akmar slalu cter psl kecik bile die tgk pic caspi.. akmar ni peminat no 1 caspi, klau ade post pasal caspi, mst die yg comment dulu n die mst cter skit2 pasal kecik.. skrg kecik da takde, hope akmar sbr eh.. smg kecik aman kat sana.. akmar,klu rindu dtg la lawat caspi kat blog ni, die da besar sgt..mkin nakal, mkin comey, makin bulat, makin mengada n makin gedik..hehe..ni gambar caspi khas utk akmar..
"aunt akmar, sbr eh..caspi kan ade..:)"

Saturday, February 13, 2010

~Rest in Peace Cepu~

Pkul 1 tadi, kitorg dikejutkan dgn berita sedey dr pahang.. sedang mak abah adik sibuk mengemas baju untuk dtg ke melaka, tibe2 jiran depan umah dtg bgtau cepu kene langgar..:( akhirnye pkara yg paling family kitorg takotkan terjadi jugak.. umah kitorg mmg berisiko untuk kucing2 kene langgar, sbb depan tu jalan besar. slama pindah umah, da 2,3 kucing mati depan umah, tapi kali ni kucing sendri plak yg kene langgar.. bukan tak kurung, tp besela kucing mne hendaknye bkurung 24 jam.. meronta2 akhirnye tlepas jugak.. cepu da bese da lintas2 jalan sebelum ni, tp besenye die tggu jalan lengang dulu, tp td mungkin cepu tak pasan kete dtg.. k.long call menangis2 bgtau cepu da takde.. die org yg plg sedey skali sbb die la yg hari2 jaga cepu..adik bongsu kitorg pun,mucy tersedu2 waktu ckp ngan die tadi.. ma kate die meratap je dpn kubur cepu td.. adik syg, sbr eh.. Allah lebih sygkan die.. redhakan pemergian die ye, smg cepu aman di sana.. 7 tahun menjaga cepu bukan masa yg singkat, segala pahit manis slama menjaga cepu takkan kitorg lupe smpai bile2.. RIP cepu.

 

~In Memories~
Feb 2003 - Feb 2010
Rest in Peace Cepu

Thursday, February 4, 2010

~RIP Flex~

tadi bukak blog qisha, n tibe2 bderau darah bace title post die.."rip flex my dearie".. huh, btol ke ape yg kitorg bace ni? baru je pasal flex skit, n tak lame lepas tu qisha ckp flex da takde.. kitorg trus mnangis.. tak dpt nak bygkan perasaan qisha waktu tu, mst die tgh sedey sgt n tros cal die.. dgr je sore die, lagi byk air mate ni menitis2.. even baru skali jmp, tp da rase kemesraan antara kitorg n qisha.. dulu waktu g umah qisha, pling xcited nak jmp flex, sbb die comey sgt mcm tom dlm cter tom n jerry, smpai2 cari die dulu, tp die garang waktu tu.. igt lagi waktu nak cuit die dr luar cage, die siap ggit lagi jari ni..garang btol but still comey ngan stoking die tu.. qisha, hope qisha tabah hadapi sumenye.. kuatkan smngat, hadapi dengan tenang.. sume yang blaku ade hikmahnye.. Allah nak uji qisha boleh tahan tak ujianNya.. yang penting, kitorg akan slalu bsame qisha.. Flex, RIP.. smg tenang di sane..