Wednesday, March 21, 2012

~Makanan yang merbahaya untuk kucing kita~

KW tertarik dengan post yg ditulis oleh Dr Zul / Misi Rizal di blog mereka, iaitu tentang makanan yang merbahaya utk kucing kita. Haa, mst ramai yang tahu kan byk makanan yg boleh mnyebabkan kucing kita sakit, jadi KW sharekan disini utk menambahkan lagi pengetahun kita semua.. check it out!  :D


Sila Jauhi !!
Sebab....
Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan,koma dan kematian. Jauhi Arak ya! hehehe
Makanan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.
Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukakan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.
Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke…Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin nix de proper vitamin dan mampu menyebabkan kucing anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah.
Coklat, Kopi, atau ape2 sumber kafein.
Mengandungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan CERI-BERI(cirit), muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.
Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi
Makanan Anjing
Kalo termakan xde la ape sgt. Tapi kalo denagn sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.
Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak x sempurna)
Kalo diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian.
Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.
Panadol / Paracetamol
Si comel kite x boleh proses paracetamol ye. Liver dia xkan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalo si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.
Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.
Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes seperti hyperactive, kejang, mati.
Produk berasaskan susu.
CERI-BERRI (Cirit-Birit)
Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan CERI-BERI(CIRIT).
Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.
Bawang Merah dan Bawang Putih
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.
Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbg avidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.
Daging Mentah
Mengandungi  bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan CERI-BERI(CIRIT) yang serius.
Garam
Kalo termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.
Alat mainan yang bertali
Ade ke bg makan tali! Haha…dlm sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tu.
Makanan Bergula
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!
Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.
Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tu..

   

P/S : Walaupun byk makanan diatas boleh menyebabkan cirit-birit. tp anda perlu tahu, cirit-birit juga boleh membunuh kucing anda. Jangan sesekali pandang ringan kerana ianya boleh membawa maut kerana kekurangan air dalam badan.



3 comments:

tachi n poncho said...

TQ KW..sangat bguna info ni untuk kami

~ayumisha~ said...

hehe.. sama2 tachi n poncho..:)

mfadhlan said...

Thank for this great info. Kat kampung, hentam bagi makan apa yang tak habis makan...ayam ke, ikan ke...nasik sayur pn bagi...cuma bulu tak cantik la..berak toksah cerita..haha


Jemput untuk menyertai Give Away Contest saya

http://blog.mfadhlan.com/2012/07/hari-raya-give-away-julai-ogos-2012-1st-give-away-by-mfadhlan-com/