Monday, December 5, 2011

~The Pet Project Malaysia 2012~


Bertemakan 'Getting Active to Help Save the Animals', Sabrina Saw dengan usahasama dari The British International School of Kuala Lumpur, telah mewujudkan The Pet Project Malaysia bagi membantu kutipan dana untuk disumbangkan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam aktiviti menyelamatkan haiwan jalanan.


Program ini disokong penuh oleh Department of Veterinary Services (Ministry of Agriculture & Agro-based Industries Malaysia) dan kutipan akan diedarkan kepada NGO-NGO seperti SPCA Selangor, PAWS, Paws Mission, HOPE, MDDB, SCRATCH, Save a Stray, Independent Pet Rescuers dan Zoo Negara.

The Pet Project akan akan mengadakan 12 jam 'Get Active marathon' yang terdiri daripada pelbagai aktiviti berunsur tarian, sukan, senaman dan sebagainya. Ada Yoga, Tribal Hip Hop, Video Dance, Jazz the Funk, Hi-Lo Dance. Besh kan!! Bagi yang kurang minat untuk bersukan, anda boleh bersantai dengan mengunjungi karvinal booth jualan, pameran dan adoption pada hari tersebut.

Tarikh : 7 Januari 2012, 11am-11pm.
Lokasi : The British International School of Kuala Lumpur


TIKET BOLEH DIBELI SECARA ONLINE DI - KAUNTER TIKET ONLINE PETFINDER

Laman Web Rasmi : The Pet Project Malaysia

source : SCRATCH



1 comment:

ashnitra said...

KALAU NAK BERMINAT UNTUK BOOTH JUALAN MACAMANA YA.. email ashnitra@yahoo.com