Thursday, December 8, 2011

~super meow! =D~

♫ Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari 
♪ Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi ♫ 


♫ Jadi kita perlukan penyelamat bumi
super meow..super meoww!! 

ini die super meow kita! dia adalah penyelamat bumi dari semua kejahatan dan masalah. hehe..so kalau korang masalah ke, boleh ckp ngan super meow ni, die akan tolong cepat2..=P


super meow dengan partner nya, cat woman..dorang ni slalu tukar2 shift. klu super meow tlg slmtkan bumi waktu pagi, cat woman belah malam =P



ni gambar2 super meow waktu kecik2 dulu..waktu ni belum jadi super meow lagi..baru masuk tadika..hihi =P

 

 

oh, sblum jadi super meow die blakon dlm citer Shrek watak Puss in Boots, skrg baru je abeh berlakon dlm Puss in Boots Movie..hehehe =P



sama tak?? kalau tak sama, cakap sama jugak! hahaha =P



Wednesday, December 7, 2011

~membesar bagai juara :D~


hye, nama saya sopheaa..mama mummy papa panggil yaya..kdg2 dorg panggil pheea, sophi, ayam dan mcm2 lagi.. bila balik kampung lak org panggil saya peah, nama kampung skit..hihi..:P

umur yaya da 2 tahun 6 bulan plus2 da..mama mummy jaga yaya dari umur 1 bulan.. dorg jumpa yaya kat pasar malam temerloh.. waktu tu yaya tgh kutip sisa2 makanan dgn chebee..:'( mama mummy amik yaya bawak balik rumah dgn chebee skali, bee yg tgh scratch tu..hee

 

 
ni pic2 yaya waktu umur 1-2 bulan..comey kan yaya? hihi =P

tapi sekarang yaya da besarrrrr! yaya suka mkn.. mama mummy bg yaya mkn blackwood je, xde pun mkn mahal2..pastu klu dorg rajin, dorg bg yaya mkn ayam rebus or wetfood..tu pun smggu skali je..tp xpela, berat yaya pun dah 5kg++, so kene kurangkan makan..hehe.. tiap2 pagi lak yaya kene paksa mkn brewer yeast, mula2 yaya xsuka lama2 baru yaya suka..hee :D

eh, okla..byk lak tulis..kang mummy marah lak tulis blog xbgtau die..hee..yaya pun rasa ngantuk after lunch td, so rasa mcm nk tido kejap la..kot2 boleh mimpi aaron aziz ke..hihi =P

okla, jumpa lagi semua! meh yaya cium skit.. muuuaaaahhhhhhhhhh :-*

~Wordless Wednesday~


orang nak minum dlm gelas, die pun nak jugak! -.-"

Monday, December 5, 2011

~The Pet Project Malaysia 2012~


Bertemakan 'Getting Active to Help Save the Animals', Sabrina Saw dengan usahasama dari The British International School of Kuala Lumpur, telah mewujudkan The Pet Project Malaysia bagi membantu kutipan dana untuk disumbangkan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam aktiviti menyelamatkan haiwan jalanan.


Program ini disokong penuh oleh Department of Veterinary Services (Ministry of Agriculture & Agro-based Industries Malaysia) dan kutipan akan diedarkan kepada NGO-NGO seperti SPCA Selangor, PAWS, Paws Mission, HOPE, MDDB, SCRATCH, Save a Stray, Independent Pet Rescuers dan Zoo Negara.

The Pet Project akan akan mengadakan 12 jam 'Get Active marathon' yang terdiri daripada pelbagai aktiviti berunsur tarian, sukan, senaman dan sebagainya. Ada Yoga, Tribal Hip Hop, Video Dance, Jazz the Funk, Hi-Lo Dance. Besh kan!! Bagi yang kurang minat untuk bersukan, anda boleh bersantai dengan mengunjungi karvinal booth jualan, pameran dan adoption pada hari tersebut.

Tarikh : 7 Januari 2012, 11am-11pm.
Lokasi : The British International School of Kuala Lumpur


TIKET BOLEH DIBELI SECARA ONLINE DI - KAUNTER TIKET ONLINE PETFINDER

Laman Web Rasmi : The Pet Project Malaysia

source : SCRATCH



Thursday, December 1, 2011

~Rantai.Art Event Photo Contest~

buat pertama kalinya SCRATCH @ KTAJ menganjurkan 1 contest dengan tema yang sgt menarik iaitu "FROM THE STREETS", maksudnya kucing2 dari jalanan atau stray cats. syarat penyertaan tak susah pun, hantarkan brp byk keping gambar kucing yang korang selamatkan dari jalanan dan berikan sedikit cerita ringkas pertemuan korang dengan kucing tersebut. yuran penyertaan contest ini murah je, RM5 utk setiap gambar yang anda hantar. utk keterangan lanjut, korang boleh klik pic kat bawah ni.. tp cepat2 tau, tarikh tutup contest 4 disember ni tau bsamaan birthday mummy..hee =P


jadi utk terus menyokong KTAJ, KW pun hantar la 1 penyertaan.. jangan xtahu, byk2 kucing KW ni, ada 2 ekor yang mama mummy selamatkan dari jalanan tau..nak tahu siapa? ni haa budak gemok kat bawah ni dan sekor lagi chebee..dan sedikit cerita ringkas waktu kitorg jumpa bdk 2 ekor ni..:)

SOPHEEA


Kucing pertama yang kami jaga sepenuhnya. Jumpa yaya pada 8 Mei 2009 dekat pasar malam temerloh, umur dia dalam linkungan 1 bulan waktu tu. Dia tengah kutip sisa makanan kat tong sampah.. Sangat kotor dan badan penuh dengan kutu. Mulanya dia agak liar dan garang, tapi lama-kelamaanya sangat manja. Sekarang dah 2 tahun 6 bulan jaga dia dan yang lain2.. Alhamdulillah dia semakin sihat dan hyperactive..we love u yaya! :)



haa, klu korang baik hati jom like pic yaya ni ya! mana tahu dapat hadiah ke kan..hikhik..senang je, klik je pic dia kt atas ni, n klik like! thanks u..xoxo :*