Tuesday, July 19, 2011

~mari bersenam bsama kittyworld~

haha, baru tgk gambar 1st kat entry Dear Cats ni terus tersenyum sorg2 kat ofis..comey betul tgk kucing tu stretching kan tangan die..hihi..kalau la kucing2 kita boleh buat mcm tu, kan bagus..ni asyik tido je bdk2 kat rumah tu..hehe.. so kittyworld pun minta permission kat owner blog dear cats  ni http://dearcats.blogspot.com untuk sharekan entry tu disini..so kawan2 lain pun boleh mpraktiskan kat kucing2 korang..hehe..selamat mencuba! 
--------------------------------------------------------------------------------

Sering kita berasa puas bila melihat kucing kita gemuk dan manja. Tetapi tahukah kita keadaan itu boleh memendekkan hayatnya? Gemuk mengundang obesiti, iaitu pengumpulan lemak berlebihan dalam badan yang boleh membawa masalah kesihatan. Cara terbaik mengatasinya? Tentulah dengan bersenam :)
Boleh ke kita melatih kucing membuat senaman seperti ini?
Atau begini?

Bagaimana kucing menjadi gemuk?

Melalui pengalaman DC, kucing menjadi gemuk kerana :

melalui pemakanan yang tidak seimbang - Sesetengah dari pemilik kucing, bila melihat mangkuk makanan haiwan kesayangan kita itu kosong, kita segera memenuhkannya dengan makanan kesukaannya. Atau, setiap kali kucing kita datang dan bersikap manja dengan kita, kita beranggapan dia lapar. Keadaan yang berterusan akan menjadikan kucing kita gemuk sedangkan diet makanan kucing yang seimbang ialah mengikut waktu dan kadar yang diperlukan sahaja. Dikurung dalam jangka masa yang lama - Tidak dinafikan sesetengah pemilik kucing mengurung kucing kerana sebab2 seperti ruang rumah yang sempit, keadaan di luar rumah tidak selamat, mengganggu jiran, bulu yang sering gugur dan menyukar kita membersihkan seluruh rumah. Kucing yang dikurung, jika tidak dilepaskan pada waktu-waktu yang seharusnya, akan mudah menjadi gemuk kerana kurang senaman. Apatah lagi jika sangkar tersebut terlalu sempit untuk kucing bergerak atau meluruskan badan (stretching). Sebab-sebab umum - (Sebab ke-3 ini bukanlah dari pengalaman DC, tetapi hasil dari pencarian internet) Terdapat peningkatan bukti seperti stres, genetik, virus yang menyerang dan faktor2 persekitaran juga memainkan peranan mengapa kucing boleh menjadi gemuk. Para saintis, umpamanya mencadangkan jika kita membiarkan lampu di pasang pada malam hari juga boleh membuat bukan sahaja haiwan seperti kucing dan tikus, malah manusia juga menjadi gemuk!

Tips melatih kucing bersenam!
Perlu diingatkan, senaman mereka bukan sahaja apabila mereka telah dijangkiti obesiti, tetapi perlu di amalkan selalu sebagai langkah pencegahan. Berikut ialah beberapa tips dan cara kita boleh mengajak kucing2 bersenam.

Berpasangan
Sesetengah kucing tidak akan bersenam sendirian. Oleh itu mulakan dengan 2 ekor kucing. Mereka akan bersenam secara tidak langsung dengan cara mengejar antara satu sama lain dan juga bergusti (wrestling) setiap hari.

Cat Tree/Cat Tower
Ruang yang bertingkat, keluasan kawasan sembunyi dan warna pada Cat Tree/Cat Tower menjadikan permainan kucing lebih menarik. Mainan kucing (toys) dan treats jika diletak di beberapa sudut Cat Tree/Cat Tower dapat memberi galakan untuk kucing memanjat dan seterusnya bermain.

Mainan kucing (toys)
Antara strategi melatih mereka bersenam ialah menempatkan lebih banyak mainan kucing. Kita tak perlu membeli toys yang mahal, Hanya barangan biasa di rumah seperti benang kait, bola ping pong, spool benang yang kosong, dan tali sudah memadai :)

Kepungan gelanggang
Sediakan kepungan besar untuk membuat gelanggang kucing bermain (bergantung pada saiz kucing). Sama ada kepungan tersebut diperbuat dari kadbod atau kita boleh juga gunakan bath tub di bilik air. Letak bola yang boleh memantul seperti bola pingpong atau bola hoki. Kucing akan bersenam dengan cara mengejar bola tersebut dan ketika ini kita boleh lihat pelbagai aksi menarik mereka.
Laser
Antara cara yang paling mudah dan enjoy ialah bermain dengan laser. Pastikan tiada benda tajam atau mudah pecah sebelum kita mulakan permainan laser ini dengan kucing. Halakan laser ke dinding dan kita boleh lihat kucing akan mengikuti pergerakan laser dan bergerak lebih pantas dari biasa. Lebih menarik letak toys dan halakan laser tersebut ke arah toys.

Wand Teaser (toys)
DC pasti semua kucing suka dengan permainan teaser ni. Boleh didapati di semua pet shop dan kita juga boleh membuatnya sendiri menggunakan kayu atau buluh yang panjang dan diikat di hujungnya dengan tali. Di hujung tali kita letak sesuatu seperti bulu ayam berwarna warni atau riben untuk menarik perhatian mereka. Lakukan aktiviti ini di tangga atau turun naik kerusi untuk kucing bersenam.

Catnip
Terdapat dalam bentuk serbuk atau semburan (spray) yang boleh dibeli di kedai dan kita juga boleh gunakan tumbuhan segar pokok kucing galak yang diambil dari tanah. Letak serbuk catnip atau spray di mainannya dan biarkan. Atau berikan saja pokok galak kucing untuk mereka bersenam sendirian. Namun cara ini tidak dapat kita lakukan sepenuhnya kerana tidak semua kucing suka atau memberi respon dengan catnip.

Menggunakan treats
Sembunyikan treats di tempat yang sukar kucing kita temui tetapi dapat dihidu dengan jelas. Kucing akan berusaha mendapatkannya. Sebagai contoh, masukkan treats ke dalam kotak besar yang diikat atau ditutup kemas, dan buatkan satu lubang kecil bagi membolehkan kucing menghidu. Kita boleh lihat si Comel akan memanjat, menendang, melompat untuk cuba mendapatkan treats dalam kotak tersebut. Kita boleh juga masukkan ke dalam bola mainan yang mempunyai lubang halus. Tentu si Comel akan mengejar dan menggigit bola tersebutkan?

Treadmill
Bagi mereka yang berkemampuan, cuba la menempah atau beli treadmill khas untuk si Comel. Perlu diingat latihan menggunakan treadmill ini harus dimulakan sejak si Comel dari kecil. Penerimaan kucing dewasa terhadap treadmill agak kurang. Latihan di treadmill memerlukan pengawasan (supervision) dari kita.

Outdoor
Cara yang paling mudah ialah melepaskan kucing kita berjalan di luar rumah atau di taman. Gunakan leash dan harness bagi mengurangkan risiko ketakutan si Comel. Pada awalnya, mungkin si Comel akan bersikap menentang tetapi jika kita praktikkan setiap hari, si Comel pula yang mengajak dan menarik anda untuk keluar rumah! DC punya sahabat yang mengalami keadaan ini. Jika dia tidak keluar rumah pada waktu petang, kucingnya akan gelisah dan asyik mundar mandir, membuat bising sambil merenung tingkap!

Monday, July 18, 2011

~like mother, like daughter~

ini gambar setahun yang lepas.. 17 June 2010

ini plak gambar minggu lepas..hehe.. 15 Julai 2011

haha, nampak tak persamaan kat situ? setahun lepas die buat kat mama yaya die camtu, kali ni turn die plak kene dengan anak2 die..hehe.. syg sgt die kat anak2 die, pantang dorg ngiow2 skit, mesti datang labuhkan perut die.. hehe..tp mochi mcm da kurang susu skit skrg..padahal baby baru sebulan.. kalau yaya dulu, susu byk..smpai umur 3 bulan bdk2 ni masih mnyusu..huhu

 

dorang ni plak hisap susu bukan main ganas lagi.. berebut2 kat badan mochi..kesian betul tgk..mochi plak tpaksa la pasrah dgn anak2 die yang bertiga ni..hehe

muka pasrah! hahah =D

Friday, July 15, 2011

~kami dah vaksin..korang?~

ehem..ehem..mula2 mummy nak interframe kad vaksin dulu.. nak kasi eomma hanisah zubir tu jeless..hahaha.. =P comey kan?? 1st time jmp kad vaksin comey mcam ni..sbb apa die comey? haa, mst la sbb ada pic kucing kat depan kad tu..kekeke.. =P sukeee sgt..mcm pic budak kenit 3 ekor tu, hachi yuchi n cophi.. n mcm muka hea bi jugak.. =D

ni antara koleksi2 kad vaksin yang kitorg ada.. mcm2 jenis ada sbbnye pergi klinik berbeza2.. yang biru muda  tu kat Maju Animal Clinic kat malaka, yg biru tua kad vaksin klinik kerajaan yang baru n yang kuning tu kad vaksin klinik kerajaan yang lama..n yang comey tu dapat dari Mesra Pet Shop di putrajaya..^^

ok2, abeh citer pasal kad..ni nak citer pasal si bulus2 yang kene vaksin ni..hari kelmarin mama mummy bawak dorg g vaksin kat mesra petshop.. kebetulan tarikh renew vaksin dorg nk dekat2 dengan tarikh show minggu depan, so angkutlah sume bawak g klinik. sumenye kene vaksin kali ke-3, yg vaksin setahun sekali tu.. =D

 
 
yang first kene cucuk, yaya.. sbbnye mummy da xsabar2 nak timbang berat die..4.5kg..seb bek bukan 5kg,nti msuk kategori obesiti, susah hati mummy..doc check temperature, check badan, check telinga, mulut.. sumenya ok..hehe..lepas tu baru doc cucuk vaksin, seb bek la die tak meronta2..tp muka die bengang je..tgk la tu.. hihihi..

 
 
lepas tu turn bella plak.. mula2 suh doc check samaada die pregnant ke tak, tp doc pun xbrp sure sbb nipples die belom pink2..dlm smggu 2 nanti kene check balik.. budak bella ni baik je, siap jadi penyu lagi atas meja tu sebelum kene cucuk vaksin. hehe..

 
 
pastu turn chebee plak.. budak ni penakut sgt..die keraskan badan die bila doc pegang..lawak je..hihi..seb bek mama die ada nk tenang2 kan die..haa, sempat lagi posing ngan kad vaksin lama..hihi...

 
 
n last skali turn cheezy, bdk ni dari dulu da tkenal dgn sifat stress..die xleh klu duk dgn org ramai, nti die mula stress.. alahai cheezy, camne nk msuk show ni? huhu..tgk la tu, bhimpit je ngan mama die..hehe..


lega bila sume bulus da vaksin.. lagi sebulan kene bawak 3 ekor si kenit tu plak vaksin kali pertama..hehehe..sebelum balik harusla mama mummy bposing dulu! peace =D

Thursday, July 14, 2011

~the JAKUNess =P~

last week, mama n mummy pasang jaring kat pintu depan..boleh la si bulus2 ni melepak sambil tgk pmandangan luar..hehe..duk plak tingkat 6, lagi la besh tgk view.. besh ke?haha =P xde la besh mana pun, depan tu ade blok lain, bwh tu parking, tp budak2 bulus ni mana kire da, asal dapat tgk luar da puas hati..bukak je pintu sume nyerbu ke luar.. pelik tgk apa ntah..padahal hari2 tgk  luar kat belakang umah..bbaris je sume tgk view smbil ditiup angin sepoi2 bahasa..kekeke..

yaya : yes,ade peluang kuar dr rumah ni..hihi
caspi : whoooaaahh, byknyeee kereta kat bawah..
cheezy : besh kan bella kene tiup angin?
bella : haah, besh nyaaaaaa..
bee : erk, sume gemok2..ak yg kecik ni xmuat nk tgk..

bee : xde mood ah nak tgk.. sume nye nak bsempit2..tgk la korang,bee tgk hari lain..
caspi : nyaman nye duk sini,kene tiup ngan angin..hee =D
bella : mummy ni xabeh2 amik gambar kitorg..nyampah..=P
cheezy : ntah mummy ni, malu tau..
yaya : camne eh nak kuar dr pintu ni?? 

pastu bee pun dtg balik lepas cheezy da malas tgk & malu sbb mummy tangkap gambar..hehe
bella : bosan da la, xde apa yg menarik pun.. pakwe hensem xde pun yang lalu..hukhuk
yaya : bee, ko rasa camne eh cara utk kite kuar dari pintu ni?
bee : jap, aku tgh fikir la ni.. *sambil fokus*
caspi : 1,2,3,4,5.... *kira bintang* =D

yaya : lama betul ko fikir ye bee..
bee : yela, ko tahu kan mama mummy pasang ptahanan yg kukuh, susah kite nak kuar ni..adeh.
caspi : 1001,1002,1003,1004..... *masih kira bintang*

bee : ntah la yaya, aku xde idea la..ko fikir la, nti bgtau aku k..
yaya : hampeh la ko ni! biar aku fikir sendiri la..

yaya : macam mana yeeee kawan2??

maka tinggalkan sekor jakuness masih memikirkan cara utk keluar dari rumah..hehehe..padan muka takleh kuar, mama mummy da pasang jaring kat sume pintu.. =D

Wednesday, July 13, 2011

~enjoy the video!~

baru pukul 4 petang ,tp rasa mcm da pukul 6 petang..kenapa hari ni lambat sgt masa bjalan? adeehh.. kerja blambak2 kat ofis, baru siap 60% tp kepala da pening duk ngadap pc ni.. sambil2 buat keje, selang seli tgk pic budak2 bulus, bg otak fresh balik..hehe.. tgk video bdk halus 3 ekor ni barula hilang skit rasa stress ni..hehe.. meh kitorg share kan video ni.. enjoy!




hari2 tgk dorg tak penah rasa jemu, rasa nak duk depan cage dorg 24 jam..tgk telatah dorang buat hati jadi happy.. hilang sume stress & sedih..hehe.. hachiko, yuchiko, cophiko, mama mummy syg korg sgt10000x..