Friday, June 10, 2011

~RIP Hachiko :'(~

Hachi anak kesayangan mummy,

6 Jun 2011, hachi pergi tinggalkan mummy, mama, papa, tokma, tokabah, makcik2 n pakcik dan  adik beradik hachi yang lain2..:( waktu tu mummy baru sampai dari cameron, sampai umah mummy n mama bersihkan cage, bersihkan litter box sementara hachi dan yg lain2 kurung kat balkoni sekejap.. hachi nampak pelik malam tu, beria sgt nak keluar.. tunggu masa je pintu balkoni tbuka, mst terus berlari turun ke tingkat bawah. pastu mummy ambil hachi letak dalam bilik, hachi beria jugak nak keluar.. 2,3 kali jugak bkejar dengan hachi. Sampaila mummy da give up,mummy biar je hachi nak main kat hall.. dalam setengah jam, mummy turun nak amik hachi, nak ajak tido sama tp sampai bawah mummy tgk hachi takde.. cari kat dapur, kat bilik bwh, kat meja makan kat sume tempat takde.. Sah hachi keluar rumah, tgk ade 1 tnigkap tbuka.. mummy da tak sedap hati..

Mummy berlari keluar, panggil2 nama hachi tp hachi x dtg pun, mummy pegi umah jiran2 sebelah usha2 xde jugak.. masuk umah amik torchlight, mummy suluh bawah kereta, suluh umah2 jiran,tp still xnmpk byg hachi.. mummy pelik, hachi tak pernah pergi jauh2..bese kalau terlepas keluar hachi akan main dekat2 je.. mummy suluh longkang depan umah takde jugak, n last mummy suluh buaian yang hachi slalu makan rumput tu tempat fav hachi, berderau darah mummy.. hachi tbaring kaku atas rumput.. yaAllah, kenapa dengan hachi? mummy rasa nak pengsan waktu tu, mummy jerit2 nama mama.. mummy da tak hirau rumah jiran2, walaupun waktu tu pukul 1 pagi. syafiq n papa keluar angkat hachi bwk masuk dalam rumah.. mummy kejutkan tokabah n tokma(panggilan bdk2 bulus utk abah n mak sha).. mummy rasa nak pengsan, nak putus nyawa pun ada.. tak dapat nk gambarkan perasaan waktu tu..:( betul ke hachi da takde? betul ke hachi yg tbaring kaku tadi? mummy xleh terima yang hachi da takde.. :( :( 

Mummy meluru ke hachi, mummy angkat n dukung hachi mcm baby, mummy meratap2 supaya nyawa hachi dikembalikan..mummy harap sgt waktu tu hachi bangun dalam keadaan sihat. YaAllah, waktu tu hanya tuhan yang tahu perasaan mummy..:'( rasa sakit sgt, rasa mcm dada disiat2, rasa mcm ada batu besar hempap ke dada.. 
Mummy cium2 muka hachi, mummy pegang setiap inci tubuh hachi dari telinga hingga ekor.. rasa mcm tak percaya sgt, baru tadi hachi main hanger atas katil ngn mummy.. hachi suke kalau mummy goyangkan hanger kekiri kekanan.. nti die sedaya upaya tangkap hanger tu..:'( hachi siap jilat2 muka mochi, muka mama yaya (mak hachi) sebelum hachi keluar rumah td.. 


Papa nak amik hachi dari pelukan mummy,mummy taknak kasi. papa ckp tak baik buat mcm tu, kesian kat hachi..pastu mummy bru lepaskan.. tokma paksa mummy mandi,mummy taknak.. kalau ikutkan mummy nak pelok hachi smpai pagi sebelum tanam tp tokma n tokabah tak kasi..:'( mummy mandi smbil menangis tak henti fikirkan yg hachi da takde dlm hidup mummy.. lepas mandi, tokma tidokan mummy dalam pelukan dia.. air mata tak bhenti lagi mngalir, mummy buka surah yassin, sambil menangis mummy tak sedar bila mummy terlelap.. 6.30 pagi mummy bangun, mummy terus igt hachi, mummy menangis lagi.. mummy turun ke blkg rumah, mummy tgk hachi da keras dalam kotak yang papa sediakan sebelum tanam hachi. Mummy menangis dan menangis lagi.. betul ke apa yg mummy tgk ni? betul ke hachi yg kaku ni? :'( mummy kejutkan mama, papa ajak tanam hachi.. Mummy n papa gali kubur hachi dengan airmata tak bhenti dan tanamkan hachi dan itula kali terakhir mummy dapat tgk hachi..:'( 

Mummy sakit hachi, mummy demam panas sbb tak bhenti menangis. Sampai putrajaya, mummy menangis lagi.. Bilik kita, katil kita, bantal kita, sume kita kongsi sama2 selama 3 minggu hachi teman mummy kat putrajaya.. setiap sudut di bilik tu ada kenangan bsama hachi.. :'( mummy tak kuat hachi, mummy taknak kehilangan hachi. mummy nak hachi duk mummy btahun2 lama, tp mummy sempat jaga hachi setahun sebulan je.. Hachi, mummy minta maaf sbb smpai ke saat ini mummy masih menangisi permergian hachi.. gambar hachi, video hachi mummy tgk hari2 smbil tersenyum bila terigt kenangan lama tu, last air mata juga peneman mummy..Hachiko anak mummy, tenang kat sana ya. Mummy takkan lupakan hachi sampai bila2.. Mummy syg hachi sgt2 n mummy rindu sgt nak peluk hachi sekarang..:'(

seminggu selepas hachi di lahirkan..hachi comey sgt..:')

seminggu sebelum hachi tinggalkan mummy.. :'(

hachi suka sgt mkn rumput, sume rumput die nak mkn..tiap2 minggu kene bawak die mkn rumput.. balik kampung kat phg, ni la tempat fav hachi..bgun pagi je melayan hachi n mochi mkn rumput.. tp...kat sini jugak la tempat hachi pergi..:"( kat sini jugakla tgk hachi da kaku.. dalam mulut msih penuh dengan rumput yang tak sempat hachi telan. :'(

dan skrg, hachi bersemadi selamanya disini. RIP hachi, mummy rindu nak pelok hachi, nak main perut hachi yg byk lemak tu, nak golek2 ngan hachi, rindu hachi urut mummy, rindu hachi jilat2 muka mummy nak kejut mummy bangun pagi.. Mummy rindu semuanya tentang hachi.. :'(

p/s : utk abah, ma, k.long, abg long, ngah, irman, abg, kakak, adik, ella, nisah, dan kawan2 yang lain.. terima kasih byk2 sbb ada bila k.de sedey..terima kasih sbb tak henti2 bagi kekuatan, ketenangan. terima kasih sbb jaga k.de bila k.de sakit.. terima kasih utk semuanya..

Wednesday, November 3, 2010

~mochi minta maaf :(~

hye blog,

ari ni mochi plak nak tulis blog.. :D pagi tadi mochi bangun pagi, mochi dgr mummy siap2 nak pegi keje.. mochi jerit2 dari bilik sbb nak kuar.. mummy pun lepaskan hachi n mochi kat ruang tamu..yeay! mochi tgk mama tido lagi.. ish2 mama ni tak bgun2,kuat tido mcm uncle todd..hehe.. :P mochi tgk mummy kehulu kehilir kalut bsiap pegi keje, mummy da lambat la tu.. mummy msuk bilik kitorg, bg makan kat uncle n aunt bulus dlm bilik, mummy letak skit kat bowl kat dapur.. pastu mummy trus bukak pintu belakang utk pegi keje.. mochi cepat2 lari kuar jugak..yeaay!sonoknye dapat amek angin pagi..:D tp tak smpai sminit pun mummy tangkap mochi bawak msuk dlm umah... :( sejam lepas tu dlm pukul 10pg, mochi panjat pintu belakang, mochi dapat kuar umah.. yeay! sonoknyeee takde sape boleh tgkap mochi.. dalam pkul 11 mama update status fb bgtau hachi bosan men sorg2, mummy pun pelikla.. mane mochi.. pastu mummy tya mochi mane, baru mama tigt mochi.. mama igt mummy simpan mochi dlm bilik blik,tp takde..

mama da kalut2 cri mochi 1 umah, dlm almari, bawah sofa, bawah rak.. tp mochi takde.. mama pegi cri kat luar, kat parking kat padang tp takde jugak.. mama da nangis2, mama trus cal mummy kat ofis, call papa.. papa n mummy trus balik umah tlg cari mochi, tp mochi takde.. mama,mummy papa pusing sume blok smbil jerit2 nama mochi.. sejam dorg pusing2 kat luar, tp mochi tak muncul2 jugak.. mama trus masuk umah wat iklan kucing hilang, smntara tu papa call uncle goh, pengerusi penduduk mntak permission nak tmpal iklan, tp uncle goh ckp takleh tmpal sbb kawasan umah tu takleh bela haiwan.. so mama tmpal je depan umah kot2 ade bace.. dlm masa yg sama, mummy dapatkan no tepon sorg pakcik dr kawan mummy, pakcik tu boleh tgk bende hilang.. lepas dapat je no pakcik tu, mama n papa trus pegi umah pakcik tu tya kat mane mochi.. ksian dorg susah sbb mochi.. pakcik tu ckp mochi ade lagi dekat2 ngan umah, die kene kurung.. mama trus nangis tigt kat mochi, sian mama.. 

ni la iklan mama buat.. :(

otw balik ke rumah, ade sorg pompuan cal mama, die ckp mochi ade pada die..die jmpa mochi kat parking n tlg simpan jap smntara die pegi kelas.. org yg smpan mochi rupenye sebelah umah mama je.. balik dr kelas die nmpak iklan depan umah n trus cal mama.. mama suke sgt, papa pun, mummy pun.. smpai umah mama trus amek mochi, mama cium2 mochi, mama pelok mochi smbil nangis.. ksian mama, mst die susah hati sgt.. mama, mummy, papa.. mochi mntak maaf wat sume susah hati.. mochi janji tak kuar umah da.. mochi takkan susahkan sume lagi.. mochi jnji jadi anak yg baik.. mochi muram td sbb mochi nyesal wat sume org susah hati, sbb tu mochi masam je bile balik, bukan sbb mochi nk kuar umah lagi.. lepas ni kalau mochi nak kuar, mochi tggu mama mummy papa bawak mochi jalan2 ye.. mochi mntak maaf skali lagi.. :D n utk sume kawan2 mama mummy, tq byk2 sbb doakan mochi selamat balik setelah hilang selama 5 jam.. hee..


love,
mochi 

Monday, November 1, 2010

~obesiti!!~

ya ampon, anak sape ni?? perut bulat betul.. hehe.. haa, kenal lagi sape ni? ni la pheea,kalau tak knl leh bace entry bawah2..hehe.. lame btol tak update pasal die.. haa, lepas beranak ari tu takde da story psl die.. lepas da genap anak die 2 bulan, ktorg g spayingkan die, ckupla beranak skali je.. lepas da spaying tu,gini la jadinye.. OBES! berat btul die skrg, nk dukong pun tak larat.. mcm ade batu je dlm perut tu.. hehe.. bile da gemok sgt, ekor die yg pnjang pun nampak pendek.. hehe.. tgk die bawak perut die pun mcm tak larat je.. tkedek2 bjalan..hehe..agak2 bape la berat die ni, lame da tak tmbang.. ntila ade masa bawak g klinik, tmbang kati perut tu.. hehe.. :P pheea, smg kamu makin sihat n gemook.. mama mummy syg pheea.. 
 
 
p/s : oh,name baru die sekarang mama obes.. hehe.. :D

Tuesday, October 26, 2010

~ade lagi ke yang nak bace?~

waaa, blog sorry lamenya tak update.. mood mengupdate tak dtg2.. sedey plak bile pkir da ramai follower, tp mood berblog mati begitu je.. banyak sebenarnya citer nak share, da beralbum2 pic anak bulus, tp nak mnulis malas btol.. kisah dr sebelum pose, balik kampung bawak 14 ekor anak bulus, beraya di pahang sume nye da lapuk bile nak update,tp nk tulis gak nti..harap2 msih ade yang sudi bace.. hehe.. oh mood, dtg laa.. mama n mummy akan mula merajinkan diri dari sekarang! atleast smggu 1 entry.. insyaAllah.. 

nah kasi 1 pic utk tontonan umum, hachi si gendut! oh,rindunye :(


Friday, August 27, 2010

~die pun nak ber'facebook' jugak~

ni mmg hobi die dari kecik, suke nek atas lptop n ntah ape2 die tekan nti.. pastu kuar macam2 popup.. heheh.. mgkin lptop tu warm je, tu sbb die suke kot.. hehe..

mochi : eh, ape ni mummy? nape byk muke2 org kat sini..
mummy : ni facebook mochi, tu peminat2 fan page kittyworld.. :D

mochi : eh, camne nak tekan ni mummy? mochi nak men fb jugak..
mummy : mochi kecik lagi,tak ckup umur nk men fb.. hihi

mochi : olo mummy, majok ar camni.. mummy takmo ajar men fb.. :(
mummy : ala, nti mochi da besar mummy ajar men fb k..

mochi : okeh mummy, mochi tggu kat sini smpai boleh men fb k? :P
mummy : errkk, ikot kamu la..  hehe.. :)