hi semua, ni yaya ni.. pinjam laptop mama, kebetulan hari ni mama g keje xbwk laptop, so pinjam la kejap.. yaya ada cerita ni nak kongsi ni.. pasal balik kampung.. mummy xcerita pun aktiviti2 yaya kat kampung kan, so meh yaya nak bercerita..hehe..
sampai umah tokba kt phg dalam pukul 11pagi, waktu tu yaya tengah syok2 tido, tetiba mummy kejut n dukung bwk masuk umah.. dengan mamai2 nya lagi mummy lepas yaya kat ruang tamu.. "whooahhh, umah tokba rupanya, bestnyaa sbb luas nak main lari2", kata yaya dlm hati.. tp sbnrnya yaya cuak gak, sbb da bbulan2 yaya xblik kampung.. byk betul perubahan.. yaya disambut oleh kucing maklong iaitu eper.. yaya xbape suka die sbb die suka hidu2 yaya..haishh.. pastu yaya nampak momo n belang.. mak aii, garangnye muka dorg mcm nak mkn yaya je..yaya bertambah cuak n terus masuk bawah sofa.. mummy cuba tenangkan yaya, mummy bwk yaya keluar dari sofa n mummy kasi cik ted pada yaya.. mummy ni tahu2 je peberet yaya.. so dgn xmalunya, yaya pun.......
haa, hilang semua rasa takut n cuak bila bsama cik ted..hehe.. lepas tu mummy kasi mkn n minum kat yaya.. almaklumla yaya dipuasa sblum balik kampung, so agak lahap jugak la yaya makan.. hehe.. lepas da kenyang yaya lepak kat sliding door tgk kete lalu lalang depan umah.. klu korang nak tahu, depan umah tokba ni jalan besar, sbb tu bila balik kampung sume tgkap n pintu ditutup.. xsporting btul mama mummy tu.. huuu
hari beransur petang, mummy n mama sibuk ngan aktiviti bsama adik beradik dia. yaya n hachi pun seronok gak main lari2 keatas n kebawah.. lama betul xrasa seronak bebas mcm ni.. hehe.. setelah kepenatan, kitorg pun tertido kt belakang sofa.. sbnrnya yaya xmuat sgt nak masuk belakang ni, tp yaya muatkan jugak sbb tempat ni privacy, xde org kacau..:) tgh syok2 tido dgr suara mummy tpekik2 cari kitorg, "yaya, hachi..yayaaa, hachi, mana korang ni, kuar umah ke?", mummy tpekik2.. kesian gak dgr tp kitorg wat xtahu je.. smbung je tido.. last2 mummy jumpa jugak kitorg kat blkg ni..hihi.. mummy ni risau tlebih2.. igt kitorg kuar la tu..hehe..
malam pun tiba.. yaya nampak tokba bsiap2 nak g masjid, tgh mcari kunci kereta.."eh, ini peluang! mummy pun xde..hihi", kata akal nakal yaya. :P pastu dgn rasa xbersalahnya pada mummy yaya pun follow tokba skali keluar rumah..tokba xsedar pun waktu tu.. "ampun mummy, yaya nak tgk kawasan luar je.. yaya jnji xg jauh2".. yaya pun mula bjln2 keluar, tp xsmpai keluar pagar pun sbb hari da gelap. tgh syok2 lepak kat luar, dgr suara halilintar mummy jerit2 nama yaya.. kecoh 1 umah yaya xde kat dlm umah.. mama suh cari dulu kot2 ada kat atas, tp mummy cari xjumpa.. kesian mummy.. so yaya pun balik, tp yaya tgk pintu tadi t'tutup.. alamak! camne nak masuk ni? huu..:( n terpaksa la yaya panggil mummy.."meeoww, meoow, meoow, meoooww", yaya jerit dr luar pintu..
mummy bukak pintu, yaya terus berlari masuk.. yaya tgk muka mummy mcm marah & geram.. aduh, abeh la yaya, mst jap lagi kene marah.. yaya masih penat main kat luar td terus terbaring.. smbil tu mummy xbenti2 lagi mbebel.. pastu citer2 pasal yaya main kat luar kat adik beradik die.. saje je nak malukan yaya.. T__T
keesokkan hari nya, xde aktiviti apa sgt.. makan, main, blari atas bwh n tido.. mummy lak sibuk pergi open house, pergi kenduri kawin, so yaya bosan duk kat rumah. da petang baru nampak muka mummy. hachi pun xnak main ngn yaya, die asyik bkepit je ngan eper.. huu, sian yaya.. tgkla bosan sampai mcm ni skali..ni mmg da xde keje namanya, so melepak santai je la kejenya..
dan lama2 yaya pun tertido..syok jugak tido mcm ni rupanya.. boleh merenggangkan segala urat2 yang tersimpul..hehe.. smbil tu dapat menikmata angin aircond.. nikmatnyaaa....hehee :D
tgh2 tido, yaya dgr bunyi riuh rendah kat depan tv.. ape benda la dorang buat ni, bising betul.. kaco betul yaya nak tido, da mimpi smpai korea da.. so dgn penuh rasa ingin tahu, yaya pun bangun n dtg tgk.. waaa, byknyee duit, bsepah2 atas lantai.. pastu tgk mummy baling dadu, pastu gerakkan benda petak, pastu dorg gelak ramai2.. ish,xfaham sungguh yaya.. tp yaya tgk je lah, sbb syok tgk dadu tu bgolek2..hehe..
esok hari nya hari pulang ke KL selepas 3 hari bcuti di pahang.. hm, sedeynyaa.. :( xtahu la bila lagi mama mummy nak bawak yaya balik kampung..tp takpela, yaya pun da rindu kat bee, caspi, cheezy, mochi, cophi n JP.. mst dorg sedey kene tggl.. okla, tu je la cerita dari yaya.. nti ada story lagi, yaya tulis lagi ok..byee, cau cin cau..hehehe :D