Wednesday, March 28, 2012

~Wordless Wednesday~


hachi demam...:(((((



Thursday, March 22, 2012

~ini kelakar..hihihi :P~



hehe, sanggup wat aksi bahaya sbb nak komen n views byk..hahaha..:))

credit : pandyland

Wednesday, March 21, 2012

~Makanan yang merbahaya untuk kucing kita~

KW tertarik dengan post yg ditulis oleh Dr Zul / Misi Rizal di blog mereka, iaitu tentang makanan yang merbahaya utk kucing kita. Haa, mst ramai yang tahu kan byk makanan yg boleh mnyebabkan kucing kita sakit, jadi KW sharekan disini utk menambahkan lagi pengetahun kita semua.. check it out!  :D


Sila Jauhi !!
Sebab....
Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan,koma dan kematian. Jauhi Arak ya! hehehe
Makanan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.
Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukakan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.
Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke…Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin nix de proper vitamin dan mampu menyebabkan kucing anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah.
Coklat, Kopi, atau ape2 sumber kafein.
Mengandungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan CERI-BERI(cirit), muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.
Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi
Makanan Anjing
Kalo termakan xde la ape sgt. Tapi kalo denagn sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.
Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak x sempurna)
Kalo diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian.
Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.
Panadol / Paracetamol
Si comel kite x boleh proses paracetamol ye. Liver dia xkan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalo si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.
Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.
Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes seperti hyperactive, kejang, mati.
Produk berasaskan susu.
CERI-BERRI (Cirit-Birit)
Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan CERI-BERI(CIRIT).
Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.
Bawang Merah dan Bawang Putih
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.
Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbg avidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.
Daging Mentah
Mengandungi  bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan CERI-BERI(CIRIT) yang serius.
Garam
Kalo termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.
Alat mainan yang bertali
Ade ke bg makan tali! Haha…dlm sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tu.
Makanan Bergula
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!
Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.
Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tu..

   

P/S : Walaupun byk makanan diatas boleh menyebabkan cirit-birit. tp anda perlu tahu, cirit-birit juga boleh membunuh kucing anda. Jangan sesekali pandang ringan kerana ianya boleh membawa maut kerana kekurangan air dalam badan.



Friday, March 9, 2012

~attention seeker~


hehe, bertuah punya budak kan? selalu da kena mama mummy kena mcm ni..hehe :D




Thursday, March 8, 2012

~hachi & hachi jr~


ini hachi & hachi..eh,sama? haah..sama! :) smggu lepas hachi pergi, hachi jr dilahirkan. segala duka, lara dan sedey pergi. Alhamdulillah, Allah maha adil. Allah gantikan hachi dgn hachi. :) mummy terus bagi nama hachi pada hachi jr, supaya mummy boleh igt pada hachi sampai bila2.. 

hachi jr mmg perangai sama mcm hachi. dr kecik smpai besar, perangai mmg nak sama je.. manja, nakal, suka nyendeng2, suka teman mummy n mcm2 lagi la..hehe.. hachi jr mmg pengganti hachi..hehe..:)


hachi n hachi suka teman mummy study, teman mummy stay up mlm2 wat assignment, bila da boring nti masing2 dtg nyendeng tepi mummy suh gosok smpailah dorg tertido tggu mummy abeh kerja.. comey je korang ni! hehe


ni mmg perangai budak 2 ekor ni je, hachi n hachi.. budak lain mmg xheran lansung dgn printer..bila mummy nak print keje ke, lecture note ke, mmg budak berdua ni paling depan skali.. dulu hachi setia je tggu kertas tu keluar dr printer.. skrg perangai tu tbawak kat hachi jr plak..hehe.. tp si kecik ni lagi extreme, dia boleh nak tangkap ink yg tgh print kertas kekiri kanan tu.. jahanam paper mummy! T__T


ni 1 lagi perangai tak senonoh dorg, bila tgh wat kerja, suka hati mak bapak dorg je naik n landing atas kerja mummy.. siap buat muka x bsalah.. lagi hebat, boleh terus tido atas kertas tu.. hehe, baiknyaa anak mummy hachi n hachi ni..hehe...mcm2 lagi perangai dorg ni, tp xde pic yg sama.. antaranya dorg ni suka bola kertas(bola lain xsuka), suka duk dlm plastik, suka tido tkangkang n mcm2 lagi..hehe


hachi, mummy rindu hachi..klu hachi msih ada, mst hachi sonok melayan anak2 hachi 3 ekor tu..(hachi, yuki, cophi) :') tp xpe, mummy tahu hachi da tenang kat sana.. hachi kwn ngan cingee, todd n bella ya.. mummy syg n rindu sgt kat korang :') 


hachi jr, mummy selalu doakan semoga kamu dan 9 ekor yg lain (yaya, bee, chee, mochi, caspi, yuki, cophi, alice, jp) sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.. supaya korang terus mewarnai hidup papa, mama n mummy..tanpa korang semua, mmg xlengkap hidup ni :)


p/s: pic atas hachi, pic bawah hachi jr :D

Wednesday, March 7, 2012

~Alhamdulillah, syukur..:)~


Bulan lepas, ProDiet mengadakan 1 contest iaitu My Valentine Cat Photo Contest. senang je contest tu, cuma hantar gambar 'lovely moment of ur cat' beserta caption 'I Love my cat because ______', tu jee..senang kan.. tgk sambutan menggalakkan, KW pun cepat2 la hantar pic hachi mochi yg ala2 lovely moment gitu.. bdk 2 ekor ni mmg loving couple dari kecik, sampailah mochi tgh preggy, hachi pergi tgglkan keluarga KW. seminggu lepas tu mochi beranak, kuarlah 3 ekor jantan yang semuanya ikut bulu hachi..huuu.. we miss u hachi.. RIP syg.. so ini la gambarnya.. lovely tak? hihihi


hadiahnya mmg boleh tahan lumayan la, tempat ptama brg2 prodiet bnilai RM1000, kedua rm500, ketiga rm300 dan 12 hadiah saguhati bnilai rm50. KW mmg x harap pun utk dapat no 1,2,3.. sbbnya contest ni dipilih dari org yg byk like pic kita tu, n dari 15 gambar dengan LIKE terbanyak akan dipilih utk tempat pertama, kedua n ketiga oleh penganjur..target KW tercalon dalam 15 tu pun da ok, dapat gak barangan prodiet bernilai rm50..hehe

 
alhamdulillah, ramai kawan2 KW di fb n blog yg support n like pic KW sehingga la pic KW tcalon dlm top 15..syukur.. brg prodiet rm50 da ade dlm tangan.. weee..:D boleh la kasi si blacky, kembang, todd, oriental, dan lain2 makan..dorg ni semua anjing n kucing yg hari2 dtg makan kat rumah KW skrg..hehe..:) utk keputusan penuh tmpat 1,2,3, prodiet akan umumkan pada 5 mac, so tggu je la sape yg btuah tu kan.. dan syukur sekali lagi, KW dapat no 2 daripada 15 calon2 tu.. alhamdulillah, syukur yg teramat sgt. mmg xsangka lansung boleh dapat no 2..dapat brg prodiet bnilai RM500, fuh mmg byk..mmg rezeki bdk2 bulus KW n budak2 bulus yg dtg umah la..hehe.. insyaAllah, KW akan salurkan sedikit pada tabung KTAJ :)



hehe, terima kasih Allah utk rezeki ini, terima kasih ProDiet, terima kasih kawan2 KW yg sudi LIKE pic kami, terima kasih utk kawan2 rapat yg tolong promote pic kami..heee..terima kasih semua! <3

Friday, March 2, 2012

~rumah baru, bilik baru~

Rasanya tak sampai 6 bulan kittyworld bpindah ke rumah baru di putrajaya, da pindah plak ke seri kembangan.. Kenapa? Hm, bila lama2 duk flat serius mama mummy rasa xsecure utk bdk2..duk plak tingkat 6, risau sgt kalau jadi apa2 kat dorg.. Bukak je pintu depan, ada kaki 5 dlm 3 kaki, pastu trus nampak bawah..huhu,mmg seram.. Kalau tokba n tokma dtg, dorg pun rasa gayat..huu.. Sapa duk putrajaya, mst tahu dgn flat hijau..hihi.. Dulu kt mlk umah ground floor,bkak pintu blkg ada padang.. Skrg mmg susah nk jmp tanah..bdk pun lama xmkn rumput, main kat tanah.. So fikir2, mama mummy bcadang utk cari umah teres.. Alhamdulillah, cari punya cari, dapat la rumah double storey kat seri kembangan..sewa pun ok, kemudahan pun senang..bdk2 pun happy ada tanah, ada rumput..yg pasti, mama mummy n papa la yg paling happy..:) :) :)


Kat rumah baru, bilik utk bdk2 kecik skit dr umah putra.. Yela,dulu kat putra, mama mummy kasi master room kat dorg, skrg ni amik bilik kecik je utk dorg..hihi.. Tupun ok je, ada je space klu nk lepak dlm bilik dorg..hehe.. Xmo citer panjang2, tgkla je la keadaan bilik dorg..hehehe.. Eh, sape2 nk dtg melawat rumah kami, meh la.. Dialu2kan sgt..hee :D






our home sweet home..hee :D